Thursday, 25 June 2015

Jenis Nilai Murni

Terdapat banyak nilai murni  

Antaranya:

  • Rajin
  • Tolong-Menolong
  • Bekerjasama
  • Baik Hati
  • Pemurah/Murah Hati
  • Jujur
  • Amanah
  • Rela/Sanggup Berkorban
  • Menghargai Masa
  • Prihatin
  • Berdisiplin
  • Menjaga Kebersihan
  • Menjaga kesihatan
  • Menjaga keselamatan
  • Semangat Patriotik
  • Tabah/Sabar/Cekal
  • Peramah/Mudah Mesra
  • Ikhlas
  • Kasih Sayang/Simpati
  • Rasional
  • Taat/Patuh
  • Semangat Bermasyarakat/Kejiranan
  • Bertanggungjawab 
  • Berdikari
  • Kebebasan
  • Bersikap Sederhana
  • Bijaksana/Bijak Berfikir/Bijak Membuat keputusan
  • Dedikasi
  • Bertoleransi/Bertolak Ansur
  • Mgmpunyai Jati Diri
  • Berani
  • Hormat/Menghormati
  • Semangat Setia Kawan

KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

          Terdapat banyak cara untuk belajar.Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau.Belajar secara berkumpulan sebanarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita

              Apabila kita belajar secara berkumpulan,kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami.Kata pepatah, "malu bertanya , sesat jalan".Oleh itu , segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.

              Kita juga akan lebih memahami sesuatu pekara jika kita belajar secara berkumpulan.Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas.Sebaliknya , apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu pekara , kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.

                 Di samping itu , kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk.Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan  permulaan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik.Oleh itu , Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

                 Kita juga boleh bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan kita.Dengan cara ini , ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa.Perhubungan kita dengan kawan juga akan menjadi lebih erat.

                 Kesimpulannya , belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita.Oleh , itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.